Thursday 7 December 2017

14 PETUA HILANGKAN GASTRIK DAN ANGIN DALAM BADAN


APA ITU GASTRIK




Gastrik ialah radang pada lapisan perut. Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik. Yang paling selalu ialah disebabkan oleh:

1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser pada perut.

2. Penyakit autoimmune.

3. Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut.

4. Penggunaan ubat anti keradangan (NSAIDs) dalam tempoh yang lama, seperti ibuprofen.

5. Dalam sesetengah kes, lapisan perut seolah-olah ‘dimakan’ menyebabkan terjadinya peptic ulcers pada perut ataupun pada usus kecil.


APA PUNCA GASTRIK

Boleh disebabkan oleh:

  • Penggunaan jangka panjang ubat non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve).
  • Penggunaan alkohol.
  • Menghisap rokok.
  • Muntah kronik.
  • Kopi dan minuman berasid.
  • Terlalu banyak asid perut (antaranya berpunca daripada tekanan/ stress).
  • Makan atau minum bahan peluntur atau pemusnah seperti racun.
  • Penyakit sistemik seperti penyakit Crohn’s
  • Sarcoidosis

 

Simptom-Simptom Dan Tanda-Tanda Serangan Gastrik

 

Antara simptom gastrik yang paling biasa dialami ialah ketidakselesaan dan sakit perut. Tanda-tanda lain ialah:

  • Ketidakhadaman (dyspepsia)
  • Sakit ulu hati
  • Sakit bahagian abdomen
  • Sendawa
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Muntah, darah ataupun bahan yang kelihatan seperti kopi yang dikisar
  • Najis berwarna gelap
  • Sakit di bahagian tengkuk atau atas bahu  atau kawasan belikat bila ditekan seperti boleh sendawa jika dibiar lama mudab kena migrain atau sakit kepala

Gastrik boleh berlaku secara mengejut (acute gastritis) ataupun secara berperingkat-peringkat (chronic gastritis). Dalam kebanyakan kes, gastritis tak merosakkan lapisan perut secara kekal.


Cara Kurangkan Sakit Akibat Gastrik


Punca utama gastrik bermula daripada amalan gaya hidup sejak muda. Jadi untuk elakkan terkena gastrik boleh ubah gaya hidup mulai hari ni. Kalau dah memang ada gastrik pun, cubalah cara-cara untuk kurangkan gastrik yang saya kongsikan di bawah ni supaya boleh membantu melegakan kesakitan jika simptom gastrik menyerang.

 

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.

2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.

3. Hentikan minum minuman beralkohol.

4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.

5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.

6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.

7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, air lemon atau makan buah betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.

8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.

9. Elakkan minuman kafein dan minuman bikarbonat.

10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.

11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.

12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.

13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.

14. Minum susu kambing. Beli yang segar atau serbuk tetapi belilah dengan ejen yang sah kerana di kiosk sekarang banyak tiruan

Untuk penghidap gastrik kronik sekiranya gastrik masih berterusan, dapatkan rawatan daripada doktor. Doktor mungkin akan cadangkan pengambikan ubat yang menghalang penghasilan asid ataupun ubat penghalang asid (acid blocker) untuk mengurangkan pembebasan asid ke dalam saluran pencernaan.

Bagi kes kronik, doktor juga mungkin akan jalankan ujian x-ray untuk melihat lapisan perut, ujian darah untuk mengenalpasti sekiranya anemia akibat pendarahan dalam perut, stool test untuk mengenalpasti sekiranya ada darah dan jangkitan bakteria dan rawatan membasmi bakteria H. pylori sekiranya sah terdapat jangkitan.


BAGAIMANA SAYA HADAPI MASALAH GASTRIK YANG DIHADAPI SEJAK SEKIAN LAMA

Saya adalah pesakit gastrik sejak zaman sekolah lagi. Hanya selepas dah meingkat umur baru saya jumpa kepada penawar gastrik saya ini. 

Alhamdulillah sejak saya amalkan cara ini ia membantu saya mengurangkan sakit gastrik ini. 

Antara cara saya ialah:

1. Saya perlu ambil sarapan dalam tempoh 30minit selepas saya bangun dari tidur. Biasanya saya akan ambil ESP shaklee sebab ia protein mealshake yang selamat diconsume non gmo soy product. Mudah dan cepat untuk diminum. 

2. Biasanya waktu sarapan saya akan bancuhkan ESP  bersama susu kambing HI GOAT.  rasanya lebih enak dan mengenyangkan. Saya juga lebih bertenaga dan badan rasa segar. 



3. Saya memang tak makan pedas/benda masam/berangin/benda awet/bergoreng sangat dah sebab if salah sikit memang mudah trigger gastrik itu semula

4. Tak minum milo atau any cafein intake sebab lagi akan mudah trigger gastrik tu semula. 

5. Saya memang stanby stok PEPPERMINT GINGER plus mana mana saya pergi sebab biasanya rasa gastrik saya akan mula di bahagian tengkuk, saya akan cepat cepat telan sebiji pil pepermint ginger plus. Rasanya sedap dan mudah ditelan serta compact mudah nak dibawa ke mana mana. 




6. Saya juga amalkan garlic complex shaklee untuk tingkatkan immune sistem penghadaman saya kerana kandungan garlic sangat banyak ada antibiotik semulajadi yang bagus untuk sistem penghadaman kita. Selsema dan demam juga jarang dah menjelma. Jerawat juga segan nak muncul. 


7. Saya juga amalkan osteomatrix shaklee. Saya makan sebelah malam. Sakit sendi dan pinggang saya juga makin pulih. 



8. Ibu segala vitamin. VIVIX. Kenapa vivix?  Sebabnya vivix ni dia umpama ejen ejen yang merawat sel sel dalam badan kita terutamanya luka luka dalaman untuk segera pulih.sesudu setiap malam secara konsisten sahaja dah dapat  menambah cepatkan proses baik pulih itu berlaku. 



Alhamdulillah kini saya  jarang dah kena gastrik. Anak anak juga sihat sebab saya jaga sarapan mereka sebab breakfast is an important meal. Ia bermula dari usia muda untuk elak gastrik.saya ambil pengajaran dari kisah saya untuk kebaikan anak anak saya. 

Amalkan juga 14 cara yang saya kongsikan di atas disamping vitamin-vitamin untuk gastrik, InsyaAllah saya yakin ia dapat membantu mengurangkan sakit gastrik juga 🙂


Sekiranya anda sedang menghadapi sakit gastrik seperti saya alami,segeralah ikhtiar mencari penawarnya. 


Jika anda berminat nak cuba dan ingin membuat pembelian terus supplement yang d atas, boleh klik di SINI (PEMBELIAN VITAMIN UNTUK GASTRIK) 

Untuk sebarang konsultansi berkaitan produk shaklee. Saya juga boleh di hubungi dengan klik di link ini (pertanyaan lanjut produk shaklee)

  


Semoga perkongsian dari kisah cara saya merawat sakit gastrik yang saya alami sendiri ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. 😊



OBSES DENGAN SHAKLEE?? korang camne? Shaklee ni produknya berkualiti.. Testimoni yg pelanggan guna memang ori .bukan di buat buat Ka...